Font Size

Cpanel

Sijil Rangkaian Komputer

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN  - SIJIL RANGKAIAN KOMPUTER

Sijil Rangkaian Komputer adalah satu program yang menawarkan peluang pendidikan kepada komuniti setempat secara berperingkat-peringkat. Dibawah struktur pakej program ini terdapat empat sijil yang di kenali sebagai Sijil Modular Kebangsaaan (SMK) iaitu:

  • SMK1 – Pembangunan Rangkaian
  • SMK2 – Penstrukturan Rangkaian
  • SMK3 – Pembangunan Server 
  • SMK4 – Pembangunan Keselamatan Rangkaian

KOD PROGRAM

NAMA PROGRAM

KOD MODULAR

NAMA MODULAR

TEMPOH

P21

RANGKAIAN KOMPUTER

P21M01

Pembangunan Rangkaian

5 bulan

P21M02

Penstrukturan Rangkaian

5 bulan

P21M03

Pembangunan Sumber

5 bulan

P21M04

Pembangunan Keselamatan Rangkaian

5 bulan

PEMBANGUNAN RANGKAIAN

Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pemasangan rangkaian komputer berwayar dan pemasangan rangkaian tanpa wayar. Persiapan awal mengenai pemilihan tempat, bahan, peralatan, kaedah pemasangan dan penyambungan, jenis sambungan serta struktur rangkaian yang akan dibangunkan akan dijelaskan terlebih dahulu agar peserta mampu menyediakan rangkaian mengikut kehendak pengguna. Kaedah pemasangan trunking dan penyambungan kabel juga dititikberatkan agar kualiti kerja dapat dihasilkan selain peserta berupaya melakukan pemasangan kabel ke faceplate, patch panel, wall box dan penyambung kabel. Disamping itu, pemasangan rangkaian tanpa wayar juga diberi tunjuk ajar kepada peserta agar mengikuti peredaran masa yang kini lebih menjurus kepada rangkaian tanpa wayar. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan rangkaian komputer.

PENSTRUKTURAN RANGKAIAN

Peserta akan didedahkan kepada kemahiran teori dan amali serta kaedah mengkonfigurasi peralatan-peralatan rangkaian seperti switch, router, ADSL modem dan ADSL router serta firewall. Kemahiran ini termasuk konsep teori dan rekabentuk rangkaian, penstrukturan dan penyelenggaraan rangkaian. Peserta akan diberikan penekanan kepada konfigurasi rangkaian setempat (LAN), konfigurasi rangkaian metropolitan (MAN) dan konfigurasi rangkaian luas (WAN). Konfigurasi peralatan rangkaian ini meliputi aspek kebolehcapaian dan keselamatan rangkaian. Pendedahan awal mengenai penyediaan peralatan rangkaian, mengenalpasti kehendak dan masalah rangkaian, perkara yang perlu dikonfigurasi dan aspek keselamatan perlu ditekankan agar peserta mampu menghasilkan rangkaian yang bermutu dan menepati ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai pembantu pentadbir rangkaian atau seorang usahawan rangkaian komputer

PEMBANGUNAN SERVER

Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan secara teori mahupun amali untuk melaksanakan pembangunan server yang diperlukan dalam sesebuah rangkaian komputer. Peserta akan diberi tunjuk ajar dari segi teori dan amali pembangunan server dan servis yang diperlukan dalam sesuatu rangkaian. Kemahiran ini termasuk konfigurasi domain name server (DNS), konfigurasi active directory server (AD), konfigurasi proxy dan DHCP server, dan konfigurasi webserver. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai pembantu pentadbir rangkaian atau seorang usahawan rangkaian komputer.

PEMBANGUNAN KESELAMATAN RANGKAIAN

Peserta akan diberi pendedahan tentang keperluan dan konsep dalam keselamatan rangkaian, jenis serangan terhadap rangkaian, perkhidmatan keselamatan rangkaian dan mekanisme keselamatan rangkaian. Peserta juga akan diajar supaya mampu menilai kriteria keselamatan dengan mengenalpasti amalan terbaik yang digunapakai untuk keselamatan rangkaian. Kriteria tersebut merangkumi teknik penyulitan, kawalan jauh, pengesanan dan pencegahan pencerobohan, Rangkaian Maya Persendirian, penggunaan firewall, honeypots AAA, keselamatan infrastruktur dan keselamatan fizikal. Penggunaan polisi keselamatan dan isu perundangan di dalam pembangunan keselamatan rangkaian diberi penekanan secara teori dan amali. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai pembantu pentadbir rangkaian atau seorang usahawan rangkaian komputer.

MEDIA SOSIAL

qrcode

facebooktwitterrss

Hubungi Kami

Kolej Komuniti Klang
Kementerian Pendidikan Malaysia
No 2680 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah,
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
Tel:  (+603) 33732030 
Fax: (+603) 33732080
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Website: www.kkklang.edu.my