Font Size

Cpanel

Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti

Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. 12 buah kolej komuniti rintis telah mula beroperasi pada tahun 2001. Pada tahun 2004, Kabinet telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat.Kini terdapat sejumlah 81 kolej komuniti di seluruh negara di bawah seliaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK -http://www.jpkk.edu.my).


Kronologi Penubuhan Kolej Komuniti Klang 

Mei 2007

Semasa mesyuarat national implementation task force (nitf) pada 27 Jun 2006 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia bersetuju untuk melaksanakan penjenamaan semula kolej-kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penjenamaan semula kolej komunti menekankan 5 teras utama, salah satunya penubuhan kolej komuniti cawangan. Pada 21 Mei 2007 Kolej Komuniti Kuala Langat menerima surat kuasa bil. KPT/JPPKK/BPKK/100/26/9(14) dari Bahagian Pengurusan Kolej Komunti (BPKK).


Jun 2007

Setelah meneliti dan memastikan faktor-faktor pemilihan kolej komunti cawangan. Lokasi Kolej Komuniti Cawangan Klang di kenalpasti di Klang Entrepreneur’s Centre Persiaran Tengku Ampuan Rahimah Klang dan pemajunya ialah Wilayah Mawar Sdn. Bhd. Hasil perbincangan dengan pihak pemaju dapat dikenalpasti pemilik premisnya ialah Syarikat Ng Thian Hoo and Son.


Disember 2007

Memeterai perjanjian dengan pemilik premis. Perancangan pembangunan bermula, pengarah bersetuju bagi mewujudkan jawantankuasa pembangunan kolej Komunti Cawangan Klang. Jawatankuasa tersebut terdiri dari En. Rosidi bin Yub sebagai Penyelaras Kolej Komuniti Cawangan, En. Rahizam bin Karim penyedia spesifikasi elektrik dan ICT, En. Amiruddin bin Mat sebagai penyedia pelan/hiasan dalaman dan En. Mohammed Ayob bin Ahmad sebagai penyedia Bill Of Quantity (BQ). Ahli Jawatankuasa juga telah menghasilkan schedule dan gant chart pembangunan kolej komunti cawangan.

 

Julai 2008

Pengambilan pertama pelajar bagi sesi Julai 2008 bermula, erolmen pertama 14 orang pelajar. Kursus pendek yang telah dijalankan yang meliputi iaitu ms word peserta 20 orang, kurus power point peserta 11 orang, kursus excel 36 orang dan ms publisher 11 keseluruhan peserta 208 orang.

MEDIA SOSIAL

qrcode

facebooktwitterrss

Hubungi Kami

Kolej Komuniti Klang
Kementerian Pendidikan Malaysia
No 2680 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah,
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
Tel:  (+603) 33732030 
Fax: (+603) 33732080
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Website: www.kkklang.edu.my